Saturday 10 March 2012

Formula kehidupan

Sahabat di (+)
Musuh di (-)
Kesenangan di (÷)
Budi di (x)
Chinta di ? :)

Friday 9 March 2012

"Sorrow is born in a hasty heart"


Ingatilah Tuhan dan tenang selalu.

Thursday 8 March 2012

"Chintai-lah yang hakiki"



Hidup,lahir, menderita, mati,
Di-manakah kesenangan?
Kesenangan itu ada-lah palsu belaka
Tetap hidup, lahir, menderita, mati.

Apa pula yang kekal?
Harta apa yang kekal?
Ilmu apa yang kekal?
Chinta apa yang kekal?

Anda pasti akan dapat jawapan-nya

Tahukah saudara yang mana satu palsu dan asli
Untuk apa jasmani, dan untuk apa rohani
Bila saudara ketahui, saudara tidak akan jadi gila-gila, tamak dan lain-lain lagi. Bah-kan ketenangan dan kebajikan akan menyertai saudara setiap masa.


Wednesday 7 March 2012

change equals to confusion

Pening pabila mahu berubah...

kerana fikir apa sebab untuk aku berubah?

ke arah mana untuk aku berubah?

aku mahu berubah menjadi lebih baik!

Monday 5 March 2012

"Bittersweet memories"

Kira-kira sedekad yang lepas...

Apa perasaan yang mungkin terjelma?
Jika, insan yang diminati
selama bertahun-tahun
kerana perawakannya
sahsiahnya
sikap proaktifnya
kecerdikannya
bagus bahasanya
baik keturunannya
serta keayuan yang dizahirkan oleh keazaman dan ketegasan pada raut wajahnya

...yang mungkin dapat melengkapi diri, mengisi sebahagian kekosongan hati.

Setelah tidak berjumpa untuk beberapa lama
ditakdirkan untuk bertemu untuk seketika
di hadapan teman-temannya
di situasi yang tidak dijangka
tanpa diduga melontar soalan yang menyebabkan darahku bergemuruh
nafasku kencang
hatiku berdebar


"Betul-kah saudara meminati saya? Sahabat-sahabat saya ada memberitahu sedemikian"

Gelojak perasaan sering menzahirkan jawapan yang kelam kabut

"Eh. Mana ada. Mungkin... Kata-kata orang saja"

Jawapan yang pernah bemain-main difikiran
'perbualan' yang janggal
seperti tayangan yang seolah-olah tiada babak permulaan
yang terus kepada 'climax'
yang di akhiri dengan babak peleraian yang tergantung
Seolah-olah tayangan yang acapkali diputar-putarkan
Mendesak hati untuk melahirkan penyesalan
Kerana tidak berterus terang kepada diri

Masakan sama kaca dan kristal
Dia bagaikan puteri
dari kalangan yang berada
Pipit dan Enggang mustahil terbang bersama
Mungkin aku tidak layak untuknya
"She deserves better"
Itulah alasan tipis untuk mengaburi naluri hati

Usah dikenang perkara yang sudah
Itulah pujukan akal kepada hati
kelak nanti bagaikan pungguk rindukan bulan
benang lelayang sudah terputus
kapal sudah menaikkan sauh
nasi sudah menjadi bubur

"Carpe diem!"
Untaian kata-kata Latin untuk dibenamkan ke dalam hati
Dan belajarlah untuk mengenali hati
berterus terang-lah kepadanya
kerana dia-lah sahabat yang terhampir

Begitulah keunikan ciptaan Tuhan
Mungkin perempuan adalah makhluk yang sensitif
Sepanjang ingatanku
Tak pernah ku zahirkan naluri hati kepada dia mahupun sesiapa
Kerana 'Introvert' adalah peribadiku
Interaksi yang dapat dibilang dengan jari sepanjang 'perkenalan dari jauh'
Mungkin, sesekali dua, jelingan pandang yang terlepas
Mungkin dia menyedarinya,
mungkin dia mempunyai "the 6th sense"
di samping aku yang bukanlah 'aktor' yang baik
kerana dia bagiku pada waktu itu
adalah "role-model" yang terhampir
untuk menjadi inspirasi agar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Jutaan terima kasih wahai saudari
di atas "bittersweet memories"
Walaupun memori sepahit secangkir kopi
tapi pahit itulah yang menyegarkan minda
yang menambah rasa pada pengalaman



eikram,
Mac 2012
Seksyen 2, Shah Alam

Tuesday 20 January 2009

Setbacks

Ongoing setbacks have made me uncomfortable, especially with myself. To some, through setbacks,God (or nature) are testing us. if we are fortunate, we will triumph over the challenges. the unlucky ones may curse the tough predicament that he faced. "every actions are in vain. there are no way to escape from the bad luck," they might say. but they forget, they are not supposed to escape for the first place. they need to face the problems head on. unless the problems are settled, they will not be able to move on. be it a win or a defeat, moving on the new challenge is more beneficial. the outcome from recent setback or triumph will give us the lesson. but only to those who seek for them

Monday 19 January 2009

Slips

Life is a one way journey. I wish I could return to the past and correct some blunders that I made. Costly mistakes. Irreparable slips. The errs that shapes who I am.

I really want to learn from my mistakes. But, often I do not know where to start. Clueless. Aimless. This often makes me thinks the damages from the past are permanent.

Perhaps, if I end up in a 'right' circumstance, I can bring my fallen soul up from the bottomless hole. It might be in the form of right advice, meeting the right persons or getting the right opportunity.

At the end of the day, I have to be content of who I am. If I don't, I will 'suffer' from regretting the slips at every second.